~☆[cHeQxyKLoPeDia]☆~




Posting~
Friday, November 25, 2011 | 10:48 PM | 2BubbleTalk(s)
Nak tak nak, bila dah selesai belajar selama 5 tahun setengah kat IPG, dalam kepala tu mesti nak fikir jugak pasal posting kan? bila nak kena posting? cepat or lambat? dapat posting kat mana dan blablabla. dah tu, banyak pula la rumours pasai posting ni. ada kata nanti awal bulan 1, ada kata hujung bulan 2, ada kata mungkin lewat sampai bulan 6..ntah mana satu nak percaya pun aku tak tau. pastu kan, ada lagi ni..lecturer kata Penang, Perak, Kedah...suma area utara la lebih kurang, dah penuh. ok, fine. 

actually bapak memang suruh mintak Penang sebab dekat ngan rumah. sapa yang xmau kan kalau dapat posting dekat ngan rumah sendiri? nanti kan boleh berkepit ja bawah ketiak mak. LOL. tapi kan, sebenaqnya kan...aku teringin gak dapat posting jauh-jauh. rasanya kalau dapat Sabah Sarawak pun tak pa ja. ini kes sebab aku memang tak pernah keluar dari Penang kot? 6 tahun sekolah rendah, 5 tahun sekolah menengah, 5 tahun setengah kat IPG dalam Penang. memang tak berkembang, itu pasal aku macam jakun sikit. haha~ kakak2 & abang2 aku suma dok doa bagi aku dapat posting jauh sebab aku dah melampau asyik dekat ngan family ja, gelaran anak manja dan mengada-ngada mmg dapat kat aku dah. *sigh* dok doa2 sangat, aku plak dengan perasaan tak heran, boleh lak kata tak kisah, siap kata aku boleh belajar dayung sampan lagi kalau betul dapat posting Sabah Sarawak. dayung sampan la sangat, teringin-teringin gak...betul dapat posting Sabah Sarawak, menangis tak berlagu la aku nanti. 

bab2 posting ni memang mengganggu fikiran aku sampai siap mimpi2 lagi dapat posting mana. dalam mimpi tu kan, aku dah sign agreement dipostingkan ke Negeri Sembilan. HAHAHAHA~ ada ka sign2 agreement bila nak disuruh posting? mainan syaitan suma tu. tapi aku cerita gak pasal mimpi tu kat bapak aku. dalam dok sembang2 ngan bapak, beliau tanya..."ada ka kawan kat Negeri Sembilan?" pastu beliau kata lagi, "tak pa..anak  paksu ada gak dok Negeri Sembilan". hahaha~ macam serius ja aku nak dipostingkan ke Negeri Sembilan eh? ROFL 

pa2 pun tunggu je lah official announcement dari BPG or KPM? mana-mana pihak berkenaanlah. nervous mmg nervous. kadang rasa semangat berkobar-kobar nak mula bekerja, kadang rasa tak sedia. whatever it is, this is the path i'd chosen for the past 5 & a half years ago. i'll try my best to do whatever i can to excel in this profession. fighting!! guys, pray for me k? ^^






p/s: its time to enjoy holidays first. and oh~ interview is on Dec 15. X_x

Labels:


Older Post | Newer Post

Hello peeps! Welcome to my "Encyclopedia". Sorry for the inconvenience because this blog is still UNDER CONSTRUCTION. btw, do enjoy your stay here ^^ ★/updated:120511/on semi-hiatus/ I'LL BE BACK SOONER OR LATER, just wait ok?sorry for not updating though..../★